suria

Ramai kata muka seiras Nabila Razali, penyanyi baharu Wani Annuar anggap satu pujian… “Tapi mata saya tengok lain”

DIKATAKAN memiliki wajah dan suara mirip Nabila Razali, penyanyi baharu Wani Annuar menyifatkan perkara itu sebagai satu pembakar semangat untuk dia lebih berjaya dalam industri seni.

Wani bagaimanapun berharap netizen tidak membandingkan cara nyanyiannya dengan Nabila kerana setiap penyanyi mempunyai identiti dan gaya tersendiri.

“Sejujurnya memang ramai yang mengatakan saya persis Nabila Razali, saya terkejut juga mulanya sebab terfikir apa yang sama tu sebab daripada mata saya memang lain.

“Untuk samakan saya dengan Nabila Razali tidak ada masalah sebab dia pun cantik, jadi pembakar semangat buat saya.

“Tapi kalau boleh jangan samakan sebab saya memang tiada niat nak klon Nabila Razali, saya ada gaya yang tersendiri dan tak mahu disamakan dengan sesiapa,” kata Wany kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi