suria

Saharul Ridzwan lebih aktif dakwah, tak risau kalau orang lupa nama… “Cuma hadiahkan al-Fatihah jika saya meninggal”

HAMPIR dua tahun meninggalkan bidang dunia lakonan, pelakon Saharul Ridzwan memberitahu dia kini rasa rindu untuk kembali beraksi di hadapan kamera.

Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Rizdwan Hashim, 34, berkata dia tidak menolak kemungkinan untuk kembali berlakon sekiranya diberikan peluang.

“Perasaan rindu itu pasti ada sebab 10 tahun saya berada dalam industri hiburan ini tapi kehidupan saya hari ini bukan untuk lakukan apa yang saya suka sebaliknya untuk melakukan perkara yang Nabi dan Allah suka.

“Mungkin untuk lihat saya muncul di mana-mana anugerah itu tak ada sebab saya tidak ada lagi dalam industri ini sebab drama saya pun dah tiada.

“Banyak juga permintaan daripada peminat untuk melihat saya kembali aktif terutamanya kelab peminat iaitu Sr Tiger, tapi itulah saya pasti insyaAllah satu hari nanti saya muncul semula,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi