suria

“Famili kami ramai perempuan”… Patutlah Chacha terlebih ‘excited’ Emma Maembong bakal timang anak lelaki lagi

PELAKON Chacha Maembong memberitahu dia kini dalam proses mengenal hati budi seorang jejaka namun memilih untuk merahsiakan identiti lelaki itu kepada umum.

Chacha atau nama sebenarnya Siti Aisyah Rohani Ismail, 27, berkata dia enggan berkongsi tentang cinta kerana kegagalan cinta dahulu membuatkannya lebih berwaspada.

“Ya memang sedang mengenali hati budi seseorang ini tapi terpaksa rahsiakan dahulu, kalau hubungan ini menjadi atau ke fasa seterusnya, saya akan buat pengumuman... tapi kalau tak ada saya akan diam saja.

“Saya belajar daripada kesilapan sebab dulu saya terlalu terbuka tapi tak ada apa yang berlaku,” kata Chacha kepada mStar.

Dalam pada itu, Chacha turut berkongsi momen indah ketika majlis gender reveal bayi kedua dalam kandungan kakaknya yang juga pelakon Emma Maembong.

Kata Chacha, dia terlalu teruja menanti kehadiran anak buah baharu itu tidak lama lagi.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi