suria

“Kadang-kadang kami gaduh” - Hubungan masih dingin tapi Shakilla Khoriri dan Fizi Ali tetap komunikasi demi anak

PELAKON Shakila Khoriri memberitahu hubungannya dengan bekas suami iaitu Fizi Ali masih dingin sejak mereka bercerai tiga tahun lalu.

Shakila atau Nurul shakilla Mohd Khoriri, 34, malah berkata, dia dan Fizi adakalanya bergaduh tetapi tidak pernah dihadapan anak perempuan mereka iaitu Nurul Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.

"Kadang-kadang kami masih bergaduh tetapi hanya dalam telefon sahaja sebab tidak mahu tunjuk kepada anak.

"Saya dan Fizi masih berhubung cuma jangan salah faham, ia cuma semata-mata tentang anak kami," katanya kepada mStar.

Sementara itu, Shakilla berkata, dia kesal apabila ada pihak menuduhnya sengaja menggangu kebahagian orang lain demi hidup senang.

Katanya, tuduhan tersebut bersifat jahat terhadapnya dan meminta individu yang memfitnahnya tampil bersemuka dengannya.

"Saya memang marah tapi malas nak muat naik di media sosial sebab isu ini sangat sensitif.

"Kalau betul saya menggangu atau menempel dengan suami orang disebabkan duit dan mahu hidup senang, orang yang bercakap itu sila tampilkan bukti.

"Jika tiada bukti, baik tutup mulut, jaga keluarga sendiri dan jangan sibuk hal orang lain," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi