suria

Elizabeth Tan sedih populariti turun sejak kahwin… Siap sedia buat sidang media jika suami berani curang

PENYANYI dan pelakon Elizabeth Tan mengakui popularitinya jatuh mendadak selepas mendirikan rumah tangga sejak tahun 2021.

Kata Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, 30, perkara itu dapat dilihat apabila jumlah tanda suka (likes) diterima di media sosial tidak sebanyak sebelum dia berkahwin.

“Saya lihat engagement di media sosial, dulu kalau satu post sahaja boleh dapat 100 ribu likes sekarang maksimum 20 ribu likes jadi nampak sangat turun.

“Tapi kita kena terima sahaja sebab takkan saya tak kahwin sampai bila-bila.

“Tapi mungkin semua ni takdir tuhan jadi saya percaya apa yang terjadi dalam hidup adalah sebab masa yang ditetapkan oleh tuhan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Lizzy sempat bergurau jika suaminya iaitu Ding Siew Jim cuba berlaku curang, dia akan membuat satu sidang media untuk mendedahkan perkara tersebut.

“Saya cakap kat dia kalau dia curang dengan saya, saya akan buat sidang media dan satu Malaysia akan tahu dia curang dengan saya serta saya akan dedah muka dia dengan perempuan tu.

“Reaksi dia cuma biasa sahaja, jadi harap-harap dia takkan buat perkara macam itulah,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi