suria

“Dia relaks, happy saja”… Shuhaimi Lua puji sikap profesional Kazar, kontroversi tak ganggu kerja

WALAUPUN berdepan kontroversi, pelakon Kazar Saisi masih memberikan komitmen kerja yang baik di set penggambaran.

Memuji sikap aktor senior itu, penerbit dan pengarah Shuhaimi Lua menyifatkan Kazar seorang pelakon profesional yang tahu membezakan antara kerjaya dan peribadi.

Kata Shuhaimi atau Shuhaimi Lua Abdullah, 48, berkata kontroversi membabitkan perkahwinan anak Kazar iaitu Ira dengan Syamsul Yusof sama sekali tidak menjejaskan prestasi lakonannya.

“Sebenarnya abang Kazar ni dia seorang yang tenang bila berada di set penggambaran, dia okay saja, happy, malah dapat laksanakan tanggungjawab lakonan dengan sempurna.

“Kazar ni dia orang lama jadi sangat professional, segala masalah semua dia tolak tepi dan apabila saya berbincang dan beri arahan, dia terima dengan baik.

“Pelakon veteran ini mereka cuma cari rezeki, itu sebab mereka sangat professional dan tolak tepi segala masalah, itu yang saya puji mereka,” kata Shuhaimi Lua kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi