suria

Kecewa kontraktor lari, Mark Adam terpaksa sambung bina sendiri rumah mentua… “Saya bukan orang kaya”

PENYANYI Mark Adam memberitahu dia terpaksa mengambil alih kerja membina kediaman ibu mertuanya setelah kontraktor yang diupah telah lari.

Mark atau Fikri Mark Abdullah, 44 berkata dia bakal menyambung kerja terbengkalai itu bersama rakan serta abang iparnya untuk menyiapkan kediaman tersebut.

“Status sekarang rumah itu saya kena teruskan menyambung projek tersebut dengan hasil tangan sendiri, buat sendiri dengan rakan-rakan serta dibantu bersama abang ipar.

“Walaupun mereka tolong pastinya akan ada bayaran untuk itu, sejujurnya saya terpaksa menanggung kerugian sebelum ini tetapi saya anggap ini sebagai satu ujian.

“Saya sedih sebab impian untuk hadiahkan rumah kepada ibu dan ayah mertua tidak kesempaian, tapi tak apa saya anggap ini satu pembelajaran buat saya,” kata Mark kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi