suria

Sering ditanya mengenai anak, Zizi Kirana tetap sabar menanti… “Kita yakin rezeki akan tiba waktunya”

MASIH menanti rezeki zuriat, penyanyi Zizi Kirana memohon orang ramai mendoakan agar dia segera dikurniakan cahaya mata.

Kata Zizi atau Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 38, dia dan suami yang juga pelakon Yusuf Bahrin sudah terbiasa menerima pertanyaan mengenai anak.

“Daripada dulu orang bertanya... kalau belum kahwin orang tanya bila nak kahwin, bila dah kahwin orang tanya bila nak ada anak.

“Itu adalah normal saya rasa jadi tiada rasa penat dan bila orang tanya saya akan jawab insyaAllah ada rezeki.

“Saya dengan Yusuf tetap bersyukur jika Allah beri seorang cahaya mata atau dua sekalipun Alhamdulillah dan kalau Allah bagi lebih lagi Alhamdulilah,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Zizi sempat berkongsi kegembiraan pulang dari menunaikan umrah baru-baru ini dengan menganggap itu sebagai hadiah hari jadi terbaik buatnya.

“Ia umrah yang pertama dalam hidup dan diberi rezeki pergi bersama suami.

“Kebetulan waktu itu hari kelahiran saya jadi itu hadiah yang tak ternilai nikmat yang Allah beri,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi