suria

Selalu teman di set penggambaran, anak Liza Abdullah terima banyak tawaran lakonan… “Tapi saya mahu jaga mak”

KERAP menemaninya di set penggambaran, pelakon Liza Abdullah memberitahu anak ketiganya iaitu Zulsyahmi Naqib turut menerima tawaran lakonan daripada beberapa pengarah terkenal.

Ditanya adakah dia merestui anak lelakinya berkecimpung dalam bidang seni, Liza berkata dia menggalakkan Naqib untuk menimba ilmu terlebih dahulu sebelum bergelar selebriti.

“Kalau nak cakap memang bersyukur la sebab anak ketiga saya ni sanggup korban waktu remajanya untuk teman di set penggambaran, ramai yang kata kalau boleh nak tengok dia berlakon tetapi saya tidak pernah kata tidak kepadanya.

“Terpulang kepada dia lagi pun tawaran berlakon memang sudah ada daripada pengarah terhebat, cumanya kalau dia nak jadi pelakon jangan gunakan platform nama saya.

“Kalau dia mahu sertai bidang industri ini saya akan sokong cumanya pada saat ini belum nampak lagi jalannya,” kata Liza kepada mStar.

Dalam pada itu, anak ketiganya itu memberitahu dia enggan menerima tawaran berlakon kerana mahu menjaga ibunya.

“Saya tak ambil tawaran itu sebelum belum muncul minat ke bidang itu, lagipun fokus utama saya mahu menjaga ibu sewaktu di set penggambaran,” kata Naqib kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi