suria

Awal-awal kena paksa, sekarang sudah empat tahun Boss James puasa… Paling seronok pergi bazar Ramadan

PERKONGSIAN video personaliti media sosial berbangsa Cina dikenali sebagai Boss James mencabar diri berpuasa di bulan Ramadan menarik perhatian netizen.

Kata Boss James, ini merupakan tahun keempat dia berpuasa dan niatnya juga mahu meraikan Ramadan bersama teman beragama Islam.

“Saya tak sangka video ini menjadi tular tapi secara niat baik saya lakukan ini kerana pasukan sebab kebanyakannya beragama Islam dan gembira kerana dapat beri impak baik.

“Kali pertama sebenarnya saya dipaksa puasa tapi lama kelamaan sudah terbiasa dan tahun ini merupakan tahun keempat saya berpuasa... puasa ini mengajar kita bukan saja tak boleh makan tapi emosi pun begitu sebab tak boleh marah.

“Walaupun saya bukan beragama Islam tetapi saya berfikiran terbuka, bagi mengenai agama ni ia susunan tuhan, saya tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang, doakan yang baik-baik saja,” kata Boss James kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi