suria

AishaHanim mengaku terikut-ikut lenggok Siti Nurhaliza tapi masih ada keunikan sendiri… Jawab dakwaan Aliff Syukri ‘sponsor’ MV raya

PENYANYI duo AishaHanim tidak menafikan lenggok nyanyian mereka mungkin sama dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Namun kembar ini bagaimanapun mengakui masih ada perbezaan dan keunikan cara nyanyian mereka dengan penyanyi popular berkenaan.

“Kami memang minat Datuk Seri Siti Nurhaliza dan membesar dengan lagu-lagu dia.

“Dari zaman sekolah sehingga pertandingan menyanyi kami nyanyi lagu TokTi.

“Mungkin cara kami menyanyi tu nampak seperti terikut-ikut lenggok dia tapi sebenarnya tak sama TokTi seorang tapi kami dua orang,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Aishahanim sempat mengulas mengenai pembikinan video klip (MV) lagu Raya Rumah Terbuka yang didakwa ditaja oleh usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri.

“Sebenarnya tempat sahaja yang ditaja kos-kos lain semua kami keluarkan sendiri,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi