suria

Cabar diri, Akim Ahmad mahu cari kepuasan lain… Seronok ramai bakat baharu muncul melalui media sosial

MELIHAT ramai bakat baharu yang muncul menerusi platform media sosial, penyanyi Akim Ahmad berpendapat kehadiran mereka itu satu perkara positif.

Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 32, bagaimanapun berpendapat meskipun mudah untuk bergelar artis menggunakan kuasa viral, namun mereka juga harus menitikberatkan mengenai penampilan dan personaliti.

“Bagus sebenarnya perkara itu sebab bila ada bakat baharu yang berani di media sosial untuk tunjukkan bakat, dalam masa sama dapat berikan peluang buat syarikat rakaman untuk mengesan mereka.

“Dengan zaman media sosial ini sebenarnya lagi mudah untuk mencungkil bakat-bakat baharu, kalau dulu susah kena masuk ujibakat macam saya dulu sertai Akademi Fantasia.

“Cuma kadang-kadang ada perkara yang membimbangkan contohnya mengenai personaliti, kita tak dapat kenal lebih mendalam mengenai bakat baharu tu sebab hanya kenal di sosial media saja kan,” kata Akim kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi