suria

Ernie Zakri puji pelajar MSU, lain macam vibe ‘Metfest 2023’… Waris pula kagum konsert angkat elemen budaya

MANAGEMENT and Science University (MSU) melalui School of Hospitality & Creative Arts (SHCA) telah menganjurkan MSU International Music, Arts and Cultural Convention (IMACC) 2023 di kampus utama di Shah Alam Selangor, baru-baru ini.

Program apresiasi kebudayaan dan seni persembahan kolaborasi bersama Istana Budaya itu turut membabitkan penganjuran pelbagai aktiviti khusus membolehkan pelajar memperkasakan kemahiran seni persembahan, menghargai keunikan dan kepelbagaian seni budaya di Malaysia serta global.

Sementara itu, malam kemuncak konsert MSU Ethnic Music Festival (METFEST) telah berlangsung pada 24 Mei lalu dimeriahkan dengan persembahan artis jemputan seperti Masue Kato, Ernie Zakri, Waris, Rojer Kajol, Dhiya serta staf dan pelajar MSU.

Salah seorang penyanyi iaitu Ernie berkata dia teruja apabila konsert itu memartabatkan elemen tradisional dan memuji para pelajar yang bekerja keras untuk menjayakan acara berkenaan.

"Pertama sekali bila saya dapat tahu lagu Ku Bersuara akan dibawa secara berlainan saya rasa gembira dan bila dah dengar susunan muzik saya rasa teruja.

"Sebab bila kita pakai elemen tradisional ni dia punya vibes tu sangat lain dan dengar cerita pelajar-pelajar dari MSU juga turut serta menjadi ahli muzik ini adalah perkara yang harus dipuji.

"Saya berharap kita dapat lagi buat perkara macam ini kerana ia satu usaha yang sangat baik," katanya kepada mStar.

Hadir pada majlis pelancaran program METFEST adalah Presiden MSU, Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Dato’ Dr Zulkapli Mohamed serta barisan pengurusan kanan MSU.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi