suria

Kisah pasangan muda bercerai buat Luqman Podolski takut nak kahwin, fokus bahagia diri sendiri

PENYANYI dan pempengaruh media sosial Luqman Podolski menyangkal dakwaan khabar angin mengtakan dia akal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Luqman atau Luqmanul Haqim Kamaruddin, 25, sebaliknya berkata, dia belum terfikir mendirikan rumah tangga sebaliknya mahu fokus membahagiakan dirinya sendiri terlebih dahulu.

"Sebenarnya saya tak terfikir langsung menamatkan zaman bujang, bukan nak kata kahwin ini tidak seeronok tapi cerita pasangan muda bercerai membuatkan saya jadi takut.

"Jujurnya terkejut juga dapat tahu perkara ini sebab ia tidak benar (mahu berkahwin), boleh sahaja nak kahwin esok tapi mental belum bersedia sebab takut tak berkekalan.

"Pengalaman bercinta dulu banyak mengajar saya, fobia pun ada juga cumanyta buat masa ini belum lagi ke arah itu," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi