suria

“Shuib very romantic man” - Mamat sempat ‘video call’, bergurau sebelum akad nikah

PELAWAK Mamat Sepah tampil menjelaskan sebab dia tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan sahabat baiknya iaitu Shuib, baru-baru ini.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad, 38 memberitahu dia tidak dapat hadir kerana terikat komitmen kerja yang tidak boleh dielakkan.

“Saya ada beritahu kepada Shuib awal sebulan tak dapat hadir ke majlis dia sebab bila lihat balik jadual ada program Mega Spontan.

“Saya ada hubungi dia sebelum majlis bermula dan sempat berborak serta bergurau... kalau nak bagi tip pun dia dah kahwin lagi lama daripada saya,” kata Mamat kepada mStar.

Menjawab persoalan netizen mengenai ketiadaan Jep, Mamat enggan mengulas mengenai perkara itu.

“Mungkin sebab komitmen kerja kut. Tentang Jep itu saya tak boleh nak komen sebab bukan majlis saya,” jelasnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi