suria

Haiza sedih ramai rakan seperjuangan sudah tiada… ‘throwback’ momen lucu cari tandas dengan Rohana Jalil

PENYANYI dan penyampai radio Haiza mengimbau kenangan bersama Allahyarham Rohana Jalil, lebih-lebih lagi apabila melihat video sewaktu dirinya bertanding dalam program Gegar Vaganza (GV).

Kata Haiza atau Rohaizah Nordin, 43, bukan sahaja Rohana sudah tiada, malah ramai rakan seperjuangan lain juga sudah pergi buat selama-lamanya.

“Saya hilang seorang penyokong tegar... dia tak tunjuk tapi kita tahu dia sokong kita.

“Setiap kali habis persembahan dia bagi komen kalau sedap dia kata sedap, kalau tak okay dia akan tanya saya kenapa nyanyi macam itu?

“Kalau saya tengok balik ulangan-ulangan GV, ramailah rakan-rakan yang duduk bawah pentas tu sudah tiada... Maya Matahari, Nassier Wahab, Siti Sarah dan terbaharu Rohana Jalil,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Haiza tercalon dalam top 5 Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 35 bagi kategori penyamnpai radio paling popular.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi