suria

Adam Shahz tak minat supercar, suka kereta kecil senang ‘cilok’ atas jalan… Pernah kemalangan sampai terbalik

KEBIASAANNYA orang lelaki pasti ada impian untuk memiliki kereta atau motosikal idaman mereka kan?

Begitu juga dengan pelakon Adam Shahz atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, yang mengakui lebih berminat memiliki motosikal berkuasa tinggi berbanding kereta.

“Kereta idaman saya yang comel-comel dan kecil sahaja macam Mini Cooper sebab mudah nak bawa di bandar.

“Bagi saya kereta itu cukup sekadar tak kena hujan, janji ada kereta dan senang nak kemana-mana,” kata Adam kepada mStar.

Kata Adam lagi, pengalaman terlibat kemalangan sewaktu usia belasan tahun menyebabkan dia kurang berminat dengan kereta.

“Saya sebenarnya tak berapa minat dengan kereta sebab pernah mengalami kemalangan waktu usia 19 tahun dulu, waktu itu pandu kereta arwah ayah sampai terbalik jadi sekarang ni lebih minat kepada motorsikal saja,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi