suria

Sharifah Sakinah mahu hidup tenang, bagi amaran tegas kepada buli siber… “Kalau saya layan lagi bermasalah”

PELAKON Sharifah Sakinah berkata perkongsiannya mengenai amaran terakhir di laman Instagram baru-baru ini bertujuan untuk memberi pengajaran kepada netizen.

Kata Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 34, posting tersebut dibuat selepas anak perempuannya iaitu Anais Adha menjadi mangsa buli siber.

“Ini adalah amaran kalau benda ni terjadi pada saya, saya takkan bunuh orang dan saya takkan masukkan mereka ke dalam penjara pun.

“Sebabnya apabila kita jumpa mereka, mereka sendiri yang akan minta maaf sebab mereka takut, memang dia orang ada masalah.

“Bagi saya kalau mereka berbuat begitu maknanya mereka bermasalah bukan saya bermasalah,” katanya kepada pemberita.

Sakinah semasa ditemui di sidang media filem Jemputan Ke Neraka sempat mengulas mengenai pernah terima komen daripada lelaki miang di ruangan komen Instagramnya.

“Mereka perlukan perhatian dan saya faham tentang perkara itu, sebab kita semua perlukan perhatian bila tiada perhatian.

“Dia pun tak buat apa-apa pada saya sebab bila saya keluar masih lagi ada orang peluk dan hidup saya bukan dalam Instagram kehidupan saya di luar bersama media dan peminat,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi