suria

TikTok popularkan kembali Raja Pop Melayu, ada sebab lagu Kangen Band kurang main di radio

KUMPULAN yang mendapat jolokan Raja Pop Melayu Indonesia iaitu Kangen Band ralat apabila lagu nyanyian mereka kurang mendapat putaran di radio meskipun mempunyai kelompok peminat yang besar di Malaysia.

Gitaris Kangen Band, Dondhy berkata, perkara itu mungkin disebabkan pihak pengurusan mereka di Jakarta kurang mengadakan aktiviti promosi lagu dan album mereka di negara ini.

"Saya rasa mungkin pihak pengurusan kurang membuat promosi di Malaysia dan disebabkan itu lagu kami kurang diputarkan di radio berbanding kumpulan lain dari Indonesia.

"Kami juga tak tahu Kangen Band ada ramai pengikut yang menyokong kami, kalau kami tahu mungkin sejak awal Kangen Band akan lebih kerap buat aktiviti promosi di sini.

"Mungkin pada masa akan datang kami akan lebih kerap buat promosi di Malaysia," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Dondhy berkata, walaupun lagu mereka kurang dimainkan di radio namun berterima kasih dengan kuasa media sosial yang banyak memperkenalkan lagu-lagu mereka kepada peminat khususnya generasi muda.

Katanya, beberapa lagu nyanyian mereka termasuk Cinta Sampai Mati turut tular di negara ini yang sedikit sebanyak membuatkan peminat tidak melupakan mereka.

Sebagai menghargai sokongan peminat, Kangen Band bakal mengadakan konsert pada 2 September depan di Zepp Kuala Lumpur.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi