GARA-GARA berkongsi foto sijil kursus kahwin di media sosial, ramai netizen membuat andaian pelakon Ben Amir bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
Jelas Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 33, meskipun sudah memiliki sijil kursus kahwin namun itu bukan bermakna dia ingin menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat ini.
“Saya ikut kursus itu semasa waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu dan sekarang baru terima sijil, lambat lagi kalau nak kahwin pun.
“Selepas dua tahun baru dapat ambil sijil tu, saya saja nak kongsi ada sijil kursus kahwin, buat masa ini saya nak fokus kepada filem aksi pertama dan idam untuk berlakon banyak lagi watak lain.
“Tak fikir nak kahwin lagi sebab saya pun masih lagi muda baru 33 tahun, happy saja hidup bujang ni dan keluarga pun tak ada tanya atau letakkan tekanan pada saya katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI