suria

“Bila saya dah meminang, responlah!” - Vida bersungguh nak beli The Red Warriors demi maruah orang Kelantan

USAHAWAN Datuk Seri Vida meluahkan hasratnya untuk mengambil alih pasukan bola sepak Kelantan FC.

Kata Vida atau Hasmiza Othman, 52, dia sudah menyatakan hasrat itu dan seharusnya pihak Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham yang memulakan perbincangan berkaitan hal berkenaan.

“Saya harap bila saya dah uar-uarkan keinginan dan hasrat membeli pasukan Kelantan, pihak di sebelah sana boleh hubungi pihak saya untuk adakan pertemuan.

“Bila saya dah meminang responlah!

“Takkan saya yang perlu mulakan, jadi dipersilakan untuk memulakan perbincangan saya sedia,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Vida berniat meletakkan anak lelakinya Kacak atau Muhammad Eric Zecquan, 16, sebagai salah seorang yang akan menguruskan kelab berkenaan.

“Kacak memang main bola sepak dan ada pasukan sendiri, dengan jurulatih pun dia selalu berbincang macam mana nak majukan Kelantan.

“Jadi saya letak orang yang bermain bola dalam pengurusan jadi keperluan pasukan tu lebih dekatlah pada pendapat saya,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi