GITARIS kumpulan Sweet Charity iaitu Rosli Mohalim mendedahkan band tersebut pernah menerima berbakul durian sebagai upah untuk menyanyi di sebuah konsert umum pada era 80-an.
Berkongsi pengalaman sepanjang berada dalam industri muzik, Rosli, 68, berkata pelbagai dugaan dilalui kumpulannya sebelum berjaya digelar sebagai salah satu band rock legenda tanah air.
“Dugaan kumpulan kami macam-macam... ada yang bagus, tak bagus, kena tipu pun ada.
“Bermacam dugaan hinggakan pernah beraksi dalam satu konsert public show kami dibayar dengan berbakul-bakul durian sewaktu zaman 80-an.
“Pernah juga beraksi di pentas dan macam-macam kejadian yang berlaku,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI