suria

Fauzi Nawawi sedih isteri tunai haji, tak pernah berjauhan lama… Sebak dengar pesanan Lisdawati

PELAKON Fauzi Nawawi mencuri perhatian ramai apabila perkongsiannya baru-baru ini di laman Instagram memperlihatkan dirinya kelihatan sebak sewaktu ingin menghantar isterinya Lisdawati menunaikan ibadah Haji.

Kata Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 50, dia sebak kerana isterinya itu ada meninggalkan beberapa pesanan sebelum berangkat ke tanah suci Mekah.

"Dia ada tinggalkan pesanan sebelum pergi tu, kalau dia pergi tak kembali jadi dia minta saya jaga anak-anak dan jaga keluarga dengan baik dan itu buatkan saya sebak sebab kebanyakan yang pergi sana semua berniat untuk meninggal dunia di tanah suci Mekah.

“Siapa je tak sebakkan? Saya tak pernah berenggang lama dengannya. Isteri pergi selama 46 hari, dia (Lisdawati) dapat keputusan pergi pun mengejut daripada pihak Tabung Haji dan tawaran itu tak boleh nak lepaskan.

“Saya tak mampu nak ikut isteri cuma saya boleh doakan sebab tak ada orang nak uruskan anak-anak dekat rumah, walaupun hati tu berat tapi saya paksa diri untuk relakkan,” kata Fauzi kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi