suria

Terpalit kontroversi, Baby Shima lega keluarga tak tengok media sosial… Lebih berwaspada selepas terima ugutan

PENYANYI Baby Shima mendedahkan dia pernah menerima ugutan bunuh oleh netizen kerana kurang senang melihat aksinya bergelek di atas pentas.

Gara-gara ugutan itu, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 31, berkata dia lebih berhati-hati sewaktu berinteraksi dengan peminat kerana bimbang kejadian buruk itu berlaku.

“Saya rasa biasa je sebenarnya tak ada pun rasa gementar sebab selalu sangat kena kecaman dan sudah terbiasa orang marah serta maki,.

“Lagipun saya pernah terima ugutan bunuh daripada netizen sebelum ini, walapun saya terima ugutan tu tapi saya tak ambil peduli dan malas layan ancaman tersebut.

“Lepas peristiwa yang berlaku pada Kamal Adli tu, saya lebih berjaga-jaga bila berdepan dengan peminat di umum, bukan nak tuduh semua orang tu jahat tapi risau saja,” kata Baby kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi