suria

Izuan Razali pernah kena halau datang ‘casting’, dihina tiada paras rupa… Sedar tak layak jadi hero

PERNAH dihalau semasa menghadiri satu sesi ujibakat, pelakon Izuan Razali berkata dia sudah lali apabila soal paras rupa dijadikan isu sebelum ditawarkan peluang berlakon.

Walaupun sering dilabel pelakon tidak kacak, Izuan, 31, berkata dia reda menerima kutukan itu dan tidak mengalah untuk mencapai cita-citanya.

“Pergi uji bakat saya pernah kena halau disebabkan rupa dan saya bersumpah tentang perkara tu.

“Dan sekarang kalau ada orang kata saya tiada rupa saya dah reda.

“Janji saya buat kerja saya dan itu kerja yang halal dan saya akan usaha sampai saya berjaya insyaAllah,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain Izuan sedang menantikan dua filem lakonannya yang akan ditayangkan di pawagam iaitu Lapan Belas dan Five Lion.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi