suria

“Viral boleh datang dan pergi” - Ramli Sarip cerita pengalaman bina nama, hidup susah itu perkara biasa

TIDAK menganggap kesusahan itu adalah suatu perkara yang sukar untuk dilalui sebagai anak seni, penyanyi Datuk Ramli Sarip merasakan ia hanyalah satu fasa kehidupan yang perlu dilalui oleh semua orang.

Kata Ramli, 71, kumpulan band terkenal dari luar negara juga mengalami fasa kesukaran sebelum berjaya mencapai kejayaan yang gemilang.

“Saya dah tak nampak susah itu susah, ia hanyalah suatu perjalanan yang kita perlu lalui dan perlu kita terima.

“Susah tu kadang-kadang mengajar kita untuk mencari solusi.

“Kalau baca sejarah kumpulan band dalam dunia seperti Queen mereka angkat barang sendiri,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain kumpulan Sweet Charity bakal kembali dengan konsert ‘Berita Gempa’ yang bermula pada 29 Julai di Arena Larkin Johor Bahru.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi