suria

Pernah diganggu penyondol, Salma takut nak kongsi kebahagiaan dengan suami di media sosial

PENYANYI Salma Asis menepis dakwaan kononnya rumah tangga dibina bersama suami iaitu Azri Abdullah sedang berdepan pergolakkan.

Spekulasi ini timbul selepas Salma dilihat kurang berkongsi foto mahupun video bersama suaminya itu di media sosial.

Menjawab mengenai perkara itu, Salma, 33, berkata suaminya pernah diganggu oleh pihak ketiga dan ekoran itu dia mengambil langkah berhati-hati dalam setiap perkongsiannya terutamanya berkaitan hal peribadi.

“Mungkin yang cakap begitu orang itu suka saya atau Azri kot, tapi sekarang ini memang musim bercerai jadi perkara negatif ni saya takut nak lihat di media sosial, takut nak komen sebab khuatir akan terpalit dekat saya.

“Sekarang ini Salma bukan jenis yang suka kongsi aktiviti keluarga di media sosial, kalau ada pun mungkin sikit saja sebab penyondol ni ada di mana-mana.

“Ada gangguan daripada penyondol sebelum ini tapi saya berserah pada nasib, apa yang penting sekarang saya memang akan show off mengenai kerja saja di media sosial dan alhamdulilah keluarga saya bahagia saat ini,” kata Salma kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi