suria

Bekas isteri masih berbaik dengan Jiggy Masin, yakin Dhabitah bukan jenis cepat cemburu

TINDAKAN pelakon dan pengacara Elly Ariffin menulis ucapan atas perkahwinan bekas suaminya Jiggy Masin dengan Nur Dhabitah Sabri menarik perhatian netizen.

Ramai yang kagum dengan Elly kerana masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas suami meskipun sudah lama berpisah.

Kata Elly atau nama sebenarnya Nurul Elyana Kamalul Arifin, 34, walaupun bekas suaminya sudah berkahwin lagi, namun dia pula belum terfikir untuk menamatkan zaman bujangnya.

“Masa nak beri ucapan tahniah tu Elly memang tiada niat apa sebab saya dan bekas suami memang ada hubungan baik walaupun sudah berpisah, waktu Jiggy nak berkahwin tu saya siap pesan pada dia untuk jemput ke majlis nanti.

“Niat nak berkongsi kegembiraan dengan bekas suami dan saya percaya Dhabitah tidak akan fikir lain kerana dia bukan orang yang jenis kuat cemburu, walaupun dia jauh muda usianya tapi matang dalam fikiran mungkin sebab itu Jiggy pilih dia.

“Saya memang ada niat untuk berkahwin pada tahun ini dan perkara ini saya sudah beritahu kepada ibu namun begitu, saya tidak kisah sekiranya tidak lagi diberikan rezeki untuk kahwin lagi dan tidak pun terburu-buru dalam memilih pasangan kerana risau akan memberi harapan kepada yang menunggu saya pula nanti,” kata Elly pada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi