suria

Selepas dua tahun kes saman 5 sekawan… Siti Nordiana bersikap profesional terserempak di majlis hiburan

PENYANYI Siti Nordiana memberitahu perbicaraan kes tuntutan saman terhadap lima sekawan dijangka bersambung pada November tahun depan.

Meskipun perlu menunggu tempoh lama untuk perbicaraan itu, Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana berkata kes itu sama sekali tidak menggangu emosi mahupun kerjaya seninya.

"Apa yang Nana boleh kongsikan sekarang ini masih menunggu tarikh perbicaraan seterusnya pada tahun depan (2024), hujung tahun dalam bulan November macam tu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuntutan lebih RM2.5 juta, kes saman fitnah Siti Nordiana terhadap 5 sekawan dipindah ke Mahkamah Tinggi

"Walaupun tunggu agak lama tapi Nana tetap meneruskan kehidupan macam biasa, lakukan kerja seperti biasa juga, Nana tidak fikir sangat mengenai perkara ini, apa pun kita tunggu pada tahun 2024.

"Nana ikut saja apa aturan yang ditetapkan, Nana tiada masalah apa-apa pun, tetap juga pergi show sana-sini dan kalau terserempak dengan mereka pun kita perlu bersikap profesional, normal la sebab dalam industri sama,” kata Nana kepada mStar.

Pada Ogos 2021, lima sekawan iaitu Lan Solo, Syura, isteri Lan iaitu Sheila, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin disaman sebanyak RM2.5 juta oleh Siti Nordiana.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi