suria

Lama tak dengar khabar kakak Aiman Tino, sekarang sibuk urus keluarga dan bisnes di Terengganu

PENYANYI Fara Hezel memberitahu dia memperlahankan karier nyanyian selepas memilih untuk menetap di Kuala Terengganu, Terengganu.

Kata Fara atau Nurfaraazira Yusri, 27, dia serta suami memilih untuk menetap di Terengganu dan mahu fokus dalam bidang perniagaan.

“Saya sekarang menetap di Kuala Terengganu, saya lebih banyak membantu suami dalam urusan perniagaan.

“Dunia saya memang dengan anak-anak saja tapi kalau ada kerja saya akan pulang ke Kuala Lumpur, tawaran menyanyi tu masih ada cumanya saya lebih fokus kepada acara yang dianjurkan oleh mak cik sahaja.

“InsyaAllah sekiranya ada peluang saya akan kembali aktif cumanya buat masa sekarang ini belum lagi sebab anak-anak semakin membesar jadi mereka perlukan perhatian, saya tumpukan kepada keluarga terlebih dahulu,” kata Fara kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi