suria

Imej kumpulan nasyid tak macam dulu, Saujana lebih utamakan mesej lagu… “Orang sekarang pergi surau pun vogue”

SAMBUTAN hebat terhadap lagu berjudul Keluarga Bahagia yang diberikan nafas baharu, kumpulan nasyid Saujana mengakui kolaborasi mereka bersama Siti Nordiana itu satu pilihan tepat.

Menurut salah seorang ahli kumpulan Saujana iaitu Sufian Amrin, selain penerimaan baik peminat, mereka juga berharap agar lagu Keluarga Bahagia ini dapat dijadikan lagu tema kempen untuk mana-mana program agensi kerajaan.

“Alhamdulilah lagu ini mendapat sambutan yang hebat dalam kalangan pendengar, tak sangka pula sebab idea untuk kolaborasi ini merupakan idea Nana dan mungkin dengan sambutan ini kami akan buat lebih lagi.

“Kalau boleh juga kami berharap agar lagu ini dapat membantu agensi kerajaan untuk gunakannya sebagai lagu tema atau kempen keluarga bahagia, kami sangat terbuka menerimanya untuk kerjasama tersebut.

“Malah ada juga beberapa agensi yang sudah merisik untuk meminta lagu ini digunakan dalam kempen mahupun program pihak kerajaan, kami sentiasa terbuka untuk bekerjsama,” kata Sufian kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi