suria

Danial Zaini sebak isteri cium tangan pagi raya, tahun pertama sambut sebagai suami… “Sebelum ini peluk mak dulu”

PELAWAK Danial Zaini mengakui teruja menyambut hari raya kerana ini kali pertama dia meraikan Syawal bersama isteri tercinta Yasmin Umaira.

Menyambut dalam suasana sederhana, Danial atau nama sebenar Mohd Danial Mohd Zaini, 30, berkata dia dan isteri tidak mahu membazir beraya tahun ini kerana ingin fokus mengumpul duit untuk perancangan anak.

“Raya tahun ini agak lain sikit untuk saya sebab raya berdua dengan isteri, kalau dulu waktu bujang hari puasa terakhir baru

beli baju raya tapi kali ini tidak ya sebab puasa pertama sudah cari baju raya.

“Seronok raya tahun ni sebab saya rasa macam bapa-bapa pula sebab sebelum saya akan peluk cium ibu tapi kali ini berbeza sikit bila isteri salam cium tangan tu lagi terasa sedih dan sebaknya sebab apabila dah berkahwin dia menjadi tanggungjawab saya.

“Saya dan isteri beraya dalam suasana sederhana sahaja sebab nak kumpul duit, mana tahu ada rezeki tahun depan beraya bertiga pula,” kata Danial kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi