suria

Raya Nabil Ahmad ikut konsep ‘Rahmah’, tahun ini giliran sambut di Rembau… “Baju lama pun tak habis pakai”

PELAWAK Nabil Ahmad memberitahu jadual kerja yang padat membuatkan masa untuk dia bersama keluarga agak terhad.

Pun begitu, Nabil, 40, berkata jika ada masa terluang dia akan memberikan sepenuh perhatian untuk membahagiakan keluarga tercinta.

“Memang kadang-kadang bising juga (isteri) sebab masa saya bekerja tak menentu, dan masa kami bersama tu memang sangat terhad.

“Tapi bila ada masa tu janganlah sibuk dengan kawan-kawan atau nak buat aktiviti sendiri sebab itulah masa yang patut kita luang untuk isteri dan anak-anak.

“Macam isteri saya suri rumah sepenuh masa, jadi bila saya balik mesti dia mahukan perhatian daripada suami jadi di situlah saya kena adjust dan perbetulkan,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi