suria

Satu-satunya anak belum berkahwin, Sherry Alhadad paling sibuk urus persiapan raya ibu… Sudah bersedia cari teman hidup

KURANG mengambil tawaran kerja sepanjang Ramadan tahun ini, pengacara Sherry Alhadad berkata dia mahu memberikan fokus pada keluarga dan ibadah.

Kata Sherry atau Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, 39, bulan mulia ini dia mahu muhasabah dan memperbaiki diri menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya.

“Saya la orang yang akan menguruskan segala-galanya untuk hari raya jadi tiada masa nak persiapkan semuanya.

“Jadi kali ini Alhamdulillah ada masa untuk selesaikan semua itu pada tahun ini,” katanya kepada mStar.

Sherry turut mendedahkan sehingga kini ibunya masih memanjakan diri dengan menceduk nasi dan membancuh milo di rumah.

“Sebenarnya pada umur 39 tahun ini mak saya masih ceduk nasi untuk saya, itu adalah tanda kasih sayang dia kepada saya, dia juga masih bancuhkan air milo untuk saya.

“Bukan mengada-ngada tetapi sebab kasih sayang... dia pun nak manjakan siapa lagi kalau bukan saya, sebab yang lain semua dah berkeluarga,” Ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi