suria

“Malu sangat! Harap PM tak marah”… Elizabeth Tan teruja sampai terlanggar Anwar, panik ramai suruh padam video

GARA-GARA berkongsi momen video keterujaan bertemu Perdana Menteri Malaysia ke-10 iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis berbuka puasa bersama penggiat seni, penyanyi Elizabeth Tan menerima kecaman netizen.

Elizabeth atau mesra panggilan Lizzy memberitahu, insiden terlanggar bahu perdana menteri itu berlaku secara spontan dan tidak menyangka ia akan menjadi tular serta menarik perhatian netizen.

“Lizzy sangat teruja bila dapat berjumpa Perdana Menteri kita sebab sepanjang hidup saya belum pernah lagi dapat bertemu secara bertentang mata macam ini.

“Takkan la Lizzy nak pergi majlis tersebut memang niat nak langgar Perdana Menteri, Lizzy waktu tu ambil video selfie kemudian ingatkan nak ambil dengan close up shot sebab Datuk Seri Anwar berada di belakang saya, ingatkan Datuk Seri Anwar pandang Lizzy rupanya tidak kemudian bila berjalan terlanggar la Lizzy.

Sementara itu, Lizzy memberitahu dia tidak akan menurunkan hantaran video tersebut di Instagram meskipun ada pihak mengecamnya serta kurang senang dengan rakaman tersebut.

“Saya tahu ada yang meminta untuk padamkan video tersebut tapi saya takkan padam sebab bukannya masalah besar pun tapi sekiranya ada pihak daripada Jabatan Perdana Menteri yang hubungi untuk minta turunkan atau padam, baru Lizzy akan buat,” ujarnya.

TONTON VIDEO BIZIBODY DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi