suria

Iqbal Zulkefli pecat bibik kerana amal perbuatan syirik, seram cakap sendirian dan berkelakuan pelik

USAHAWAN Iqbal Zulkefli mendedahkan telah menamatkan kontrak pembantu rumahnya pada Oktober tahun lalu kerana didakwa melakukan perbuatan syirik.

Kata Iqbal atau Ahmad Iqbal Zulkefli, 29, perkara itu mula disedari apabila dia melihat tingkah laku pembantu rumah tersebut yang agak pelik menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Paling saya rasa pelik bila saya lihat di CCTV dia tanya dan dia sendiri yang jawab setiap masa.

“Dia ada ambil satu bekas berisi skru dan mengetuk bekas itu tanpa dia sedar sampai pecah bekas tersebut.

“Saya berasa pelik dan kadang-kadang dia ketawa sendirian, jadi perkara tersebut buat saya rasa tak dapat nak kawal lagi sebab ia tak normal,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Iqbal sempat mengulas mengenai isu kontroversi usahawan sensasi Datuk Seri Vida berkaitan isu Lavida Coin apabila namanya tiba-tiba ‘dipetik’ netizen didakwa bersekongkol.

“Sejujurnya saya tidak terlibat sedikit pun, saya tak boleh nak cakap lebih sebab ia bukan bidang saya.

“Tolonglah jangan beri tekanan pada saya sebab saya tak pernah buat scam ni semua,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi