suria

Netizen tegur Awal Ashaari gara-gara kenyataan tak paksa isteri bertudung… “Kita tahu hukum agama”

GARA-GARA memberikan kenyataan tiada paksaan untuk isterinya bertudung, pelakon dan pengacara Awal Ashaari menerima kecaman dan teguran netizen di media sosial.

Menerima teguran dan nasihat itu dengan hati terbuka, Awal, 41, bagaimanapun meminta agar peminat menghentikan kecaman sebaliknya terus mendoakan buat isterinya, Scha Alyahya.

“Saya peka mengenai hukum hakam agama ni, masa media tanya mengenai soalan itu saya beritahu yang saya tak mahu memaksa.

"Kalau boleh saya tak mahu isteri saya bertudung atas dasar paksaan tapi bukannya erti saya tak kisah, saya takut salah cakap nanti kena kecam lagi tapi kalau boleh biarlah datang daripada hatinya sendiri.

"Bila orang tanya soalan dan orang tu beri jawapan tapi dipersalahkan, sampai bila benda ini akan berakhir kan? Saya hargai orang di luar sana mungkin sayang dan mahukan kami berubah, setiap komen itu kami hargai dan akan perbaiki dari masa ke semasa," kata Awal kepada mStar.

Sementara itu, Scha pula tidak melenting sebaliknya terima segala teguran dan meminta orang ramai mendoakan agar dia menjadi seorang muslimah lebih baik selepas ini.

"Apa pun perkara elok sebegini, Scha mahu anda semua doakan yang baik-baik. Saya pernah beritahu Awal yang ada niat untuk bertudung.

“InsyaAllah doakan untuk saya. Awal pun pernah pesan apa-apa kenyataan biarlah dia saja yang jawab kerana risau saya tersalah cakap," kata Scha.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi