suria

Peminat saling berbalah, Aina Abdul segan dengan Siti Nurhaliza… Pesan pihak cuba melaga-lagakan bertaubat

PENYANYI Aina Abdul mengakui berasa malu dan segan selepas berlaku isu hangat perbalahan di antara peminatnya dengan peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza di aplikasi Twitter.

Meminta peminat bertenang, Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 30, bagaimanapun bersyukur apabula ada yang meletakkan namanya sebaris dengan penyanyi hebat itu.

“Walaupun saya berasa segan tapi pada masa sama saya rasa gembira sebab nama dipetik bersama TokTi... itu adalah satu kejayaan untuk saya.

“Jadi saya rasa segan sebab nama itu bukan nama kecil sebab nama itu wujud sejak saya di sekolah rendah lagi,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi