suria

Lagu baharu kurang sambutan, Wanns Ahmad kesal ramai salah tafsir tip minta henti tabiat onani

PENYANYI dan pelakon Wanns Ahmad memberitahu dia menerima banyak mesej nakal dan lucah selepas meminta tips menghentikan tabiat onani yang merupakan gimik sebelum pelancaran lagu baharu berjudul Makhluk Jalang Terbuang.

Kata Wanns Ahmad atau Wan Nur Salam Wan Ahmad, 33 dia juga dikecam apabila menggunakan gimik sedemikian bagi tujuan mempromosikan lagu.

“Sebenarnya selepas saya memuat naik status tu ada yang kacau saya, golongan lelaki dan ibu tunggal pun ada berkongsikan kisah masalah mereka pada saya... tapi saya tak balas la.

“Ada juga yang beri kata makian dan paling melampau saya ada yang mengajak untuk melakukan hubungan seks tapi saya tak balas, rasa takut pula.

“Saya akui mungkin ada kelemahan dan kekurangan daripada lagu saya ini, untuk akan datang saya akan cuba memperbaiki lebih baik lagi mungkin tak kena dengan jiwa masyarakat kita,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi