suria

Kebebasan bukan bererti liar, anak Azhar Sulaiman tak alami kejutan budaya tinggal di luar negara

NAMA anak perempuan aktor Azhar Sulaiman iaitu kasih Iris Leona memang tidak dapat lari daripada kontroversi malah setiap gerak gerinya menjadi perhatian netizen yang mengikuti perkembangannya di media sosial.

Leona, 21, berkata, meskipun dikecam hebat namun dia tidak pernah mengambil kisah tentang apa diperkatakan orang tentang dirinya kerana percaya keluarga dan rakan terdekat lebih mengenali siapa dirinya.

"Saya tak baca sebarang komen ditulis tentng saya sebab ia akan buat saya beremosi... saya sebenarnya pelik sebab saya buat apa pun pasti akan ada artikel dan publisiti. Tak buat salah pun kena kecam juga, pelik.

"Walaupun terima pelbagai kecaman ia tidak jejaskan kehidupan saya dan sebaik-baiknya jagalah keluarga sendiri dan bukannya ibuk menjaga tepi kain orang lain," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Leona yang kini sedang melanjutkan pelajaran di United Kingdom memberitahu kehidupannya di perantauan banyak mengajarnya berdikari dan tidak mengharapkan bantuan orang lain.

Kata Leona, kebebasan diberikan ibu bapa kepadanya sebelum ini juga membuatkan dia tidak mengalami kejutan budaya yang mana ia satu kelebihan buat dirinya.

"Ibu bapa saya tidak tegas dan mereka beri saya kebebasan melakukan perkara yang saya suka di sini (Malaysia), jadi bila dekat luar negara saya tidak mengalami kejutan budaya.

"Kehidupan di luar negara banyak buat saya berdikari malah sekarang saya sudah pandai masak," katanya.

TONTON VIDEO DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi