suria

Hebat! Tajul tukar kereta baharu setiap kali raya, katanya bukan nak menunjuk cuma bukti bisnes berjaya

PENYANYI Tajul mendedahkan dia sendiri yang meminta isterinya iaitu Nur Shamieza Eddie untuk melakukan pembedahan kosmetik bagi memancungkan hidung.

Kata Tajul atau Tajul Ariff Noor Md. Shari, 25, perbuatan itu tidak salah kerana dia sebagai suami yang meminta isteri melakukan perkara tersebut.

“Saya yang minta dia (isteri Tajul) untuk buat hidung, bagi mancungkan sikit sebab hidung dia agak jatuh.

“Saya rasa tiada masalah sebab orang kata kalau suami suka, kenapa tidak sebab suami yang minta.

“Tapi kalau isteri saya sendiri yang minta nak buat itu mungkin akan jadi isu jugalah,” katanya kepada mStar.

Empat tahun menyambut hari raya, Tajul memberitahu dia sudah menukar empat buah kereta baharu.

“Dah empat tahun saya tukar kereta dan raya tahun ni pun saya beli kereta baharu.

“Jadi orang akan nampak saya setiap tahun tukar kereta,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi