suria

Aprena Manrose sabar menunggu rezeki zuriat, sudah bersedia timang anak… “Saya dah buat macam-macam”

PELAKON Aprena Manrose menyatakan hasrat untuk mempunyai cahaya mata tahun ini dan meminta peminat mendoakan agar dia dikurniakan rezeki berkenaan.

Kata Aprena atau nama sebenar Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 30, berkata dia dan suami iaitu Mohd Afiq Azman sudah melakukan pelbagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat namun belum menemui jawapan positif.

“Saya sudah kahwin lama jadi pastinya teringin sangat nak ada zuriat tu anak tu, saya harap sangat semua doakan yang baik-baik untuk saya dan suami.

“Selagi tuhan tak berikan lagi kami rezeki ini tak apa, tak sedih cuma kita enjoy saja kehidupan ini.

“Saya dan suami sudah ikhtiar pelbagai cara sebelum ini tapi masih belum diberikan rezeki lagi, dan tak kisah pun kalau dapat baby boy atau girl sebab yang penting sihat,” kata Aprena kepada mStar.

Untuk info, Aprena mendirikan rumah tangga dengan Afiq pada 12 November 2016 dan sehingga kini belum dikurniakan cahaya mata.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi