suria

Tahun pertama raya sebagai selebriti… Namie ‘awkward’ ramai tegur, terlupa dah jadi artis

PELAWAK Namie berkongsi rasa teruja kerana ini merupakan tahun pertama dirinya beraya sebagai seorang selebriti.

Meskipun nama semakin dikenali, Namie, 27, berkata dia masih mengekalkan tradisi sambutan raya secara sederhana seperti tahun sebelumnya.

“Raya tahun ini saya macam biasa beraya di Kampung Batu Kikir, pembelanjaan raya bagi saya agak minimum sebab dapat banyak barang percuma tapi yang bertambah daripada sudut keluarga macam untuk isteri dan anak-anak.

“Saya sebenarya kekok bila beraya di kampung sebab saya masih lagi menganggap diri orang biasa, bila balik tu ada orang jerit panggil nama kemudian baru teringat rupanya dah jadi selebriti,” kata Namie kepada mStar.

Dalam pada itu Namie juga berkata kehidupannya beraya sebagai seorang selebriti lebih tenang berbanding kerjayanya terdahulu iaitu sebagai guru.

“Semenjak beraya sebagai selebriti ni fikiran tu lebih tenang sikit sebab saya boleh raya sebulan... kalau jadi guru dapat beraya seminggu saja kemudian masuk sekolah semula... tapi tak kisah beraya sebagai apa pun sekali pun yang penting kita sambut lebaran okay,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi