suria

Muna Shahirah sedang mengenali hati budi seorang, katanya berkenalan masa main PUBG… Harap ibu tak marah

SEDANG mengenali hati budi seseorang, penyanyi Muna Shahirah memberitahu jejaka itu dikenalinya semasa dia bermain permainan video PUBG Mobile.

Kata Muna atau Muna Shahirah Munadi, 29, dia tidak menolak jika ditakdirkan persahabatan mereka itu berakhir sebagai suami isteri.

“Perkenalan kami bermula daripada main game PUBG Mobile, tak tahulah pendapat orang lain tetapi game ini pun boleh merapatkan hubungan yang tak pernah rapat sebelum ini.

“Kami masih lagi berkawan, mohon doa yang baik-baik. Kalau ditakdirkan benda baik tak elok dilewatkan, tapi insyaAllah tahun ini,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Muna sempat bercerita kisah kenangan sewaktu rayanya menerima duit raya sebanyak satu sen.

“Waktu saya sekolah rendah saya dapat duit satu sen.

“Muna pernah terima duit raya sebanyak satu sen dan benda tu berlaku dalam tiga tahun juga,” ujarnya.

TONTON VIDEO YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi