suria

“Saya akan block…” - Amir Jahari enggan dikenali kerana kontroversi, nasihat orang muda jadi lebih beradab

GARA-GARA membuat ciapan di Twitter menegur salah seorang ahli politik kerana menggunakan lagu ciptaannya berjudul Hasrat untuk agenda politik, penyanyi Amir Jahari menerima kecaman hebat netizen.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Jahari, 31, berkata meskipun isu itu sudah lama berlalu namun ia tidak menanggap sebagai medium publisiti untuk melonjakkan lagu tersebut malah menolak sekiranya mendapat perhatian umum melalui isu itu.

“Sejujurnya siapa saja yang tweet saya dan berkata kalau bukan kerana isu kontroversi dengan ahli politik itu jadi saya tidak kenal dengan lagu Amir Jahari maka saya block.

“Kenapa saya block sebab saya rasa selama berkarya 14 tahun dalam industri muzik, saya tidak pernah dahagakan perhatian anda semua, saya memang daripada dulu ada sebenarnya dalam industri dan masih keluarkan lagu.

“Saya tak perlukan isu kontroversi untuk jadikan sinar supaya orang kenal, saya tak perlukan perkara itu sebab saya tak mahu orang kenal saya tapi lebih kepada mengenali daripada hasil karya saja,” kata Amir kepada mStar.

Sebelum ini, Amir menegur Datuk Mas Ermieyati selepas Ahli Parlimen Masjid Tanah itu memuat naik satu video yang menghimpunkan visual bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan penggubahan wang haram dan salah guna kuasa.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi