suria

Sufian Suhaimi mahu buat ‘comeback’ nyanyian, rindu beraksi di pentas besar

PENYANYI Sufian Suhaimi mengakui masih ada keinginan untuk kembali beraksi di pentas besar seperti Anugerah Juara Lagu.

Kata Sufian, 31, dia sudah merakamkan beberapa buah lagu dan tahun 2023 masa terbaik untuk dirinya kembali mewarnai industri muzik tanah air.

“Sudah tentu masih ada rasa keinginan untuk kembali ke pentas-pentas besar.

“Itulah sebab saya dah rakam beberapa buah lagu yang akan dikeluarkan pada tahun ini memandangkan sudah beberapa tahun saya agak senyap dengan lagu.

“Saya rasa tahun 2023 ini adalah tahun saya kembali mewarnai industri muzik,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Sufian sempat memberitahu bahawa dia pernah ada kumpulan muzik sendiri tetapi buat masa ini dirinya lebih selesa bergerak secara solo.

“Sebenarnya saya pernah bersama kumpulan muzik sebelum ini tapi ahli kumpulan lebih selesa berada di belakang tabir.

“Tapi tak mustahil untuk saya cuba benda yang baharu cuma belum ada perancangan dalam masa terdekat ini,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi