suria

Tengah menangis dengar muzik terus diam… Anak Pekin baru 7 bulan mula tunjuk minat bidang seni

PELAKON Pekin Ibrahim memberitahu kehidupannya lebih bahagia dan murah rezeki sejak kehadiran putera sulung iaitu Petra Pekin yang kini berusia tujuh bulan.

Berkongsi mengenai perkembangan anak, Pekin berkata meskipun baru berusia tujuh bulan namun dia sudah menunjukkan minat terhadap industri seni.

“Alhamdulilah kehidupan saya sekarang sangat bahagia, semuanya menjadi mudah saja dan betul la Allah kata rezeki anak kan, keluarga pun makin bahagia dan kerja seni pun makin senang memang sangat bermakna la kehidupan bila ada anak ni.

“Anak saya baru berusia tujuh bulan, memang bulat dan normal macam bayi lain, cumanya dengan usia sekarang ini saya masih belum dapat pastikan dia cenderung ke bidang mana, tapi saya rasa bakat seni tu ada sebab bila dengar muzik dia ada respon yang baik.

“Tapi apa pun saya mahu didikan dia dengan pendidikan dan agama kerana untuk berada dalam industri hiburan yang penuh pancaroba, ilmu seperti ini kena ada untuknya, saya tiada halangan untuknya jadi apa pun cuma kena tunggu dia besar sikit,” kata Pekin kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi