suria

Penampilan kerap dikritik, Yuna harap netizen jumpa ketenangan daripada cari salah orang lain

PENYANYI Yuna Zarai berkata dia sudah lali dengan kecaman serta tomahan yang dilemparkan netizen terhadapnya berhubung pemakaiannya yang didakwa tidak bersesuaian dengan imej wanita muslimah.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai, 37, sebaliknya bersyukur kerana kecaman itu tidak memberikan kesan terhadap keluarga serta kerjayanya malah gembira dengan kehidupannya saat ini.

“Komen-komen tu normal sebab saya sering terima daripada saya mula menjadi artis lagi, saya tidak kisah sebenarnya... nak cakap apa pun mengenai saya silakan sebab perkara itu tidak langsung menjejaskan diri saya mahupun kerjaya.

“Kita tidak boleh ubah pemikiran orang dan layankan sangat apa kehendak semua orang, mereka boleh bercakap apa saja tapi ini adalah hak saya untuk menjadi seperti ini... saya langsung rasa tak tersinggung.

“Alhamdulilah keluarga saya sangat memahami dan mereka sudah faham apa untuk sesuaikan keadaan, suami juga okay walaupun ada pihak yang bercakap secara peribadi tapi saya gembira dengan kehidupan sekarang ini,” kata Yuna kepada mStar.

Terbaharu, Yuna kini dalam rangka mempromosikan single terbaharunya berjudul Menanti merupakan hasil ciptaannya sendiri dan boleh didengari menerusi platrofm Youtube dan Spotify.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi