suria

Lama simpan rahsia, akhirnya Farali Khan mengaku dah kahwin, kini sedang hamil 7 bulan

LAMA menyimpan rahsia, akhirnya pelakon Farali Khan mengakui sudah berkahwin pada 1 September tahun lalu dan kini sedang hamil tujuh bulan.

Kata Farali atau Norfara Ali Dad Khan, 34, dia memuat naik pendedahan tersebut di Instagram kerana mahu mengelakkan fitnah dan berasakan sudah tiba masa yang sesuai untuk berkongsi kepada umum.

“Saya sejenis yang jaga privasi dan hanya menunjukkan gaya hidup dan kerjaya saya sahaja berbanding nak tunjuk kehidupan peribadi.

“Saya rasa ini adalah masa yang sesuai untuk beritahu sudah berkahwin sebab filem pun nak ditayangkan semasa saya sedang bahagia berisi.

“Saya sudah hamil hampir tujuh bulan dan saya minta orang ramai doakan yang baik-baik,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Farali antara pelakon yang menjayakan filem Tujuh Dua Belas bersama Chintya Candranaya, Johan As’ari, Idzham Ismail dan Adam Darwish dan bakal ditayangkan bermula 4 Mei 2023.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi