suria

Lagu lama tular sampai Indonesia, Issey bangga tapi tak mahu lagi menyanyi… “Kita bagi ruang ini kepada penyanyi hebat”

PELAWAK dan penyanyi Issey Fazlisham meluahkan rasa terharu serta terkejut apabila lagu Alololo nyanyiannya kembali tular di media sosial di Indonesia setelah empat tahun penghasilan.

Issey atau nama sebenarnya, Fazlisham Mat Husin, 35 berkata meskipun lagu tersebut mendapat sambutan hangat netizen namun dia belum terfikir untuk meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi sebaliknya fokus kepada bidang penerbitan.

“Terkejut juga sebab lagu itu dirakamkan pada tahun 2017 dan tujuan saya rakamkan lagu tu sekadar mahu dokumentasikan karya dalam industri, sekurangnya sepanjang berada dalam industri ada kenangan.

“Setelah empat tahun ia tular kembali, terima kasih warga Tiktok Indonesia dan Singapura kerana jadikan ia tular, tapi kalau ikutkan untuk nyanyi secara live lagu tu memang tak boleh sebab lagu tu tinggi vokalnya jadi perlukan latihan.

“Untuk buat single seterusnya rasanya tak sebab saya bukan penyanyi lebih baik saya berikan peluang kepada penyanyi lain yang lebih berbakat dalam industri hiburan ni, saya cukuplah sekadar satu lagu saja,” kata Issey kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi